SEJARAH SKP

Pada tahun 1951,penduduk Kg Peroh dan Durian Kasim telah membina sebuah sekolah berukuran 20' X 40' daripada batang nibung.

Sekolah ini dibuka dan dirasmikan oleh DYYM RAJA MUDA TERNGGANU pada 25 September 1954

Pada Ogos 1956 bangunan ini telah diroboh dipukul ribut.

Pada 25 SEPTEMBER 1956 gotong royong diadakan bagi membina semua bagunan baru dengan sumbanagn JPNT sebanyak RM360.00 untuk membiayai Atap ZINK

Pada Tahun 1957 seramai 47 Orang murid mendaftar denagn seorang guru besar dan seorang guru biasa.

DYMM Sultan Selangor telah melawat sekolah ini pada 2 Mei 1965 dan ketika itu pelajar telah meningkat seramai101 orang.

PIBG juga berjaya ditubuhkan pada 16 Mei 1973 dan murid ketika itu telah meningkat kepada 419 orang

Dengan perkembanagn sistem pendidikan negara,tempian tetap dirasai oleh SEkolah Kebangsaan Peroh apabila bangunan baru mula di bina pada tahun 1986 bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang.
















BENDERA SK PEROH
PERINCIAN BENDERA SEKOLAH.

Warna merah darah ikan( Atas ) – Melambangkan semangat waja dan bulat tekad para guru, murid dan warga SK Peroh.
Warna hitam – Warna bendera negeri Terengganu iaitu lokasi SK Peroh yang berada di Negeri Terengganu. Ini melambangkan ketaatan dan kesetiaan kepada pemerintah iaitu kerajaan Negeri Terengganu.


LAGU SK PEROH

TAJUK LAGU : ILMU KAWAN SEJATI.

ILMU KAWAN SEJATI
KE ARAH CITA YANG MURNI
MARILAH KITA BERUSAHA
SEMOGA TERUS BERJAYA.

DIDIKAN YANG DIBERI
GURU YANG DISAYANGI
PADAMU KAMI KAN BERJANJI
DEWASA NANTI CURAHKAN BAKTI.

SK PEROH YANG KAMI CINTA
KAMI TETAPKAN BERSEDIA
MENIMBA ILMU SETIAP MASA
                                           CITA KAN JADI KENYATAAN


LOGO/LENCANA SK PEROH



PERINCIAN LENCANA SEKOLAH

Bentuk lencana ini berasaskan bujur telur iaitu bentuk piala . Ini menandakan bahawa SK Peroh adalah sentiasa beroleh kejayaan dalam setiap arena. Saiz sebenar danbentuk asalnya tidak diketahui, namun lencana ini terdapat dalam dua versi iaitu daripadabesi dan kain. Terdapat juga lencana kain yang berukuran 4cm.
Warna merah darah ikan yang terdapat pada bahagian atas lencana melambangkansemangat waja guru-guru, murid dan kakitangan sekolah dalam meningkatkan taraf pendidikan kendiri. Warna merah ini menaungi obor dan alat tulis yang melambangkanbahawa semangat waja dan keberanian ini tidak akan luntur dalam memperjuang danmeningkatkan penguasaan ilmu di kalangan warga Sekolah Kebangsaan Peroh.
Buku, dua batang pena dan obor membawa maksud ilmu yang harus ditimba di sekolahini bersesuaian dengan cogan kata sekolah ’llmu Kawan Sejati’.
Cogan kata sekolah ”ILMU KAWAN SEJATI” berada di tengah-tengah lencana membawa mesej ianya sentiasa berada di hati dan menjadi pegangan setiap warga SK Peroh. Ianya menjadi nadi dan inspirasi setiap murid belajar di sekolah ini.
                Empat cantuman bulatan biru, kuning, merah dan hijau pula bererti kesepakatan dan perpaduan antara semua kaum dan masyarakat serta kesepaduan dalam semua aktivititi termasuklah kegiatan ko-kurikulum yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah murid.
Warna merah melambangkan keberanian, kecekalan dan semangat kental dalam mengharungi cabaran untuk berjaya dalam pembelajaran.
Warna kuning melambangkan ketaatan pada sistem pemerintahan DiRaja iaitu taat dan setia kepada sultan.
Warna hijau melambangkan ketenangan. Iaitu suasana alam pembelajaran SK Peroh yang tenang dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Warna biru melambangkan perpaduan. Iaitu sikap kerjasama dan perpaduan antara warga SK Peroh untuk mencapai satu matlamat ke arah pembentukan insan akademis bertakwa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sahsiah, bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna putih pula yang menjadi warna latar cogan kata sekolah melambangkan kesucian. Iaitu anak-anak pelajar SK Peroh yang suci dan bersih. Para guru lah yang akan mencorakkan keperibadian anak-anak pelajar ini.
Nama sekolah tercatat di bawahnya dengan dipayungi oleh warna kuning iaitu warna DiRaja yang memayungi sekolah ini dan warna hitam di bahagian atasnya iaitu kerajaan negeri Terengganu.



 

No comments:

Post a Comment

Salam Ramadhan

 

FACEBOOK KAMI

FACEBOOK KAMI
Rentas Cemerlang

KALENDAR ISLAM


GURU BESAR

GURU BESAR
PN. NORRA BINTI MOHD BASIR

PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
EN.MUSA KHAN BIN KANA

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN HEM
PN.NORZAIDAH BT MUHAMMAD NOR

PENOLONG KANAN KOKO

PENOLONG KANAN KOKO
EN.ZUL AZWAN BIN HINDONG

GURU ICT

GURU ICT
PN. NOOR ASIMAH BT MOHD

GURU DATA

GURU DATA
PN. SITI ZULAIKHA BT DRAMAN@ZULKIFLI

GURU PENOLONG