Saya adalah salah seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Peroh dari tahun 1971 - 1976. Saya telah menetap di Kuala Lumpur dari zaman persekolahan (saya telah melanjutkan pelajaran saya di Kolej Islam Kelang dan Universiti Malaya) iaitu bermula tahun 1980 sampailah sekarang. Kini saya bertugas sebagai seorang pengurus di bank kedua terbesar di Malaysia di Damansara, KL. Setiap kali saya pulang ke kampung saya di Felda Bukit Bading, saya pasti akan merasa sayu kerana saya pasti akan melalui jalan di hadapan sekolah tercinta saya ini. Saya amat berbangga sebab saya pernah menjadi warga sekolah yang walau pun kecil dan terpencil jika hendak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. Kemewahan dan kesenangan hidup saya sekarang bermula dari pendidikan awal yang saya perolehi di sekolah ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa-jasa bekas guru-guru saya yang teramat besar ertinya bagi diri saya.
Hari ni aku belajar buat blog di PKG Peroh tapi masalah internet mengganggu pembelajaran kami.
ReplyDeleteSaya adalah salah seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Peroh dari tahun 1971 - 1976. Saya telah menetap di Kuala Lumpur dari zaman persekolahan (saya telah melanjutkan pelajaran saya di Kolej Islam Kelang dan Universiti Malaya) iaitu bermula tahun 1980 sampailah sekarang. Kini saya bertugas sebagai seorang pengurus di bank kedua terbesar di Malaysia di Damansara, KL. Setiap kali saya pulang ke kampung saya di Felda Bukit Bading, saya pasti akan merasa sayu kerana saya pasti akan melalui jalan di hadapan sekolah tercinta saya ini. Saya amat berbangga sebab saya pernah menjadi warga sekolah yang walau pun kecil dan terpencil jika hendak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. Kemewahan dan kesenangan hidup saya sekarang bermula dari pendidikan awal yang saya perolehi di sekolah ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa-jasa bekas guru-guru saya yang teramat besar ertinya bagi diri saya.
ReplyDeleteNor Azmi bin Rani
Bekas pelajar (1971-1976)